Tuesday, 20 September 2016

Pertanian Di Malaysia

1.0 Pengenalan
Pertanian merupakan aktiviti ekonomi dunia yang penting.Ia menggunakan satu pertiga daripada permukaan bumi dan 45% daripada jumlah penduduk dunia yang bekerja terlibat dengan aktiviti pertanian.Pertanian tidak lagi boleh diasingkan dari
Kehidupan manusia di muka bumi apabila manusia yang semakin ramai dan mempunyai pelbagai citarasa.Pertanian moden adalah bercirikan kepada peningkatan hasil dan penurunan dan penggunaan tenaga buruh.Petani-petani tidak lagi seharian berada di ladang.Dengan adanya lebih masa lapang,banyak akitiviti-aktiviti lain yang mampu dilakukan oleh para petani untuk menambah pendapatan seperti aktiviti pemasaran,hiliran dan juga aktiviti sosial.

1.1 Definisi
Ahli geografi tidak memandang Geografi Pertanian sebagai satu bahagian besar dalam  biasa.Geografi pertanian diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Geografi Ekonomi,malah kebanyakan ahli geografi menerima Geografi Pertanian sebagai sebahagian daripada Geografi Manusia.Geografi pertanian lebih sesuai dipanggil dengan geografi pembiak-baik manusia terhadap tanah,iaitu aktiviti mengusahakan tanamandan ternakan untuk kegunaan sendiri dan faedah ekonomi.

1.2 Skop
Pengajian dalam pertanian ialah mengakji aktiviti pertanian dalam konteks ruangan lokasi secara keseluruhan,kandungan aktiviti-aktiviti tanaman dan ternakan.Pola ruangan pula membawa maksud fenomena atau hubungan manusia dengan alam sekitar fizikal.

1.3 Asal usul pertanian  
Dari kesan-kesan arkeologi yang ditinggalkan oleh manusia didapati bahawa manusia telah menggunakan tanah beribu-ribu tahun dahulu,ketika itu kumpulan-kumpulan manusia di atas muka bumi ini berada di dalam satu kumpulan kecil.Pada ketika itu,mereka hanya menjalankan aktiviti pra-pertanian seperti memburu,menangkap ikan,memungut tanaman-tanaman hutan dan madu.Pra pertanian di peringkat asal dikenali sebagai masyarakat “Pemburu dan Pengumpul”.
Bentuk pertanian di peringkat awal adalah primitive dan ia telah berubah kepada membiak-baik tumbuhan melalui proses pemilihan,menternak haiwan dam membina komuniti pertanian yang lebih besar berbanding dengan peringkat awal.Banyak jenis-jenis tanaman yang telah berubah dari proses pemilihan dan penanaman sebelum ianya dipindahkan ke tempat-tempat lain di seluruh dunia.

2.0 Pertanian di Malaysia
Dua belas peratus daripada KDNK negara Malaysia ini dibentuk daripada sektor pertanian.Sebanyak enam belas peratus daripada penduduk Malaysia bekerja melalui sejenis pertanian.Ladng-ladang pertanian dibuka besar-besaran oleh kerajaan British semasa memerintah Malaysia dan lading-ladang ini telah membuka peluang kepada tanaman baru seperti getah (1876), kelapa sawit (1917), dan koko (1950).Beberapa tanaman ditanam untuk tujuan domestik seperti pisang,kelapa,durian,nanas,beras,rambutan an sebagainya.Menggunakan hampir 70% kawasan di Malaysia ditanami degan berbagai hasil pertanian.Membekalkan bahan makanan seperti beras,sayur-sayuran,buah-buahan,kopi dan sebagainya.Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian sepert kelapa sawit,getah,lada hitam,nanas dan kelapa kering.Pertanian juga membantu untuk mengurangakan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar Bandar.

2.1 Jenis-jenis pertanian
(i)  Pertanian Pindah
(ii) Pertanian Kebun Kecil (Sara Diri)
(iii)Pertanian Ladang

2.1.1 Pertanian Pindah
Pertanian pindah diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman seperti Sarawak,Sabah dan Semenanjung Malaysia.Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma,keledek,sayur sayurandan buah-buahan.Jenis pertanian ini menggunakan cara-cara penanaman dan peralatam tradisional seperti cangkul,tugal,kapak,parang dan batang kayu.Biasanya pertanian jenis ini diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah di tinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar.

2.1.2 Pertanian Kebun Kecil
Keluasan tapak kebun biasanya dalam 1-2 hektar sahaja.Diusahakan di kalangan ahli keluarga dengan modal yang kecil.Kegiatan pertanian kebun kecil inilah yang pang terpenting dan yang paling terluas yang disusahakan oleh petani Malaysia.Biasanya ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja.Pengusaha pertanian kebun kecil ini menggunakan jentera-jentera kecil-kecilan dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan.Masih ada juga yang mengamalkan cara pertanian tradisional.Tanaman yang diusahakan adalah seperti padi,buah-buahan,sayur-sayuran dan jagung serta tanaman dagang seperti kelapa sawit,getah,lada hitam dan koko.

2.1.3 Pertanian ladang
Keluasan ladang biasanya melebihi 40 hektar.Ia diusahakan oleh syarikat-syarikat besar secara besar-besaran.Tanaman utama adalah tanaman dagangan seperti getah,kelapa sawit dan teh.Memerlukan tenaga buruh yang tunggi,peralatan moden dan canggih,rasun serangga,baja urea dan biji benih yang berkualiti tinggi.Kebanyakkan hasilnya untuk dieksport.

2.2 Faktor-faktor pertanian
Ada pelbagai faktor yang mendorong untuk mengusahan sektor pertanian di Malaysia.Antara faktor-faktornya adalah :-
(i)  Faktor Fizikal
(ii) Faktor Teknikal
(iii)Faktor Ekonomi
(iv)Faktor Tradisional

2.2.1 Faktor fizikal
Malaysia mempunyai dataran,delta dan lembangan sungai yang sesuai untuk penanaman padi.Kawasan bukit yang beralun ,bersaliran baik sesuai untuk penanaman getah,kelapa sawit dan koko.Kawasan cerun-cerun bukit pula sesuai untuk penanaman the dan padi huma.Tanah lanar di lembangan dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi sawah.Tanah laterit pula sesuai untuk tanaman seperti getah,kelapa sawit, serta koko.Kawasan tanah perpasir di pinggir pantai sesuai untuk tanaman kelapa.Tanah gambut atau kawasan berpaya sesuai untuk tanaman nenas.Selain itu, hujan tahunan yang meebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai untuk tanaman seperti getah,kelapa sawit,koko,kopi, tembakau dan lada hitam.Hujan yang banyak dan suhu rendah kira-kira 18”c sesuai untuk penanaman teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran hawa sederhana di Cameron Highlands.

2.2.2 Faktor Teknikal :Teknologi Moden
Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian.Pengunaan jentera seerti jentolak,jentuai dan traktor telah membantu meningkatkan daya pengeluaran hasil.Sistem saliran pengairan moden telah membolehkan penanaman padi 2 atau 3 kali setahun dan meningkatkan hasil.Penggunaan bijih benih yang mermutu tinggi juga memainkan peranan yang penting untuk sektor pertanian di Malaysia.

2.2.3 Faktor Ekonomi
Bantuan modal dan pelaburan dalam teknologi melalui skim ansuran oleh kerajaan mendorong petani-petani di Malaysia untuk menceburkan diri di sektor pertanian.Dengan adanya agensi-agensi kerajaan seperti Felda,Fama,Risda yang ditubuhkan untuk membantu petani dalam penggunaan peralatan moden,cara penanaman moden serta mengatasi masalh pertanian.

2.2.4  Faktor Tradisional
Faktor ini sering menjadi halangan kepada cara-cara pertanian moden namun cara pertanian tradisional sesuai bagi ladang-ladang kecil.

2.3 Kepentingan faktor pertanian
Walaupun sektor perindustrian lebih banyak diberi perhatian,namun sektor pertanian tidak pernah diabaikan ataupun dipinggirkan oleh kerajaan Malaysia.Pelabagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk memajukan lagi sektor pertanian negara.Boleh dikatakan negara kita amat bertuah kerana memiliki tanah yang luas dan subur.

2.3.1     Peluang pekerjaan
 Sektor pertanian dapat membuka peluang kepada rakyat Malaysia dengan menjanjikan pulangan atau untung yang lumayan kepada pihak yang mengusahakannya dengan bersunggu-sungguh.Penggunaan bioteknologi dalam sektor pertanian pasti menghasilkan pendapatan yang banyak kerana ia dapat menambahkan kualiti dam kuantiti dalam hasil pertanian.

Di Malaysia ini, peluang pekerjaan di sektor pertanian ini amat banyak sehinggakan pengusaha pertanian terpaksa mengambil buruh asing kerana bekalan buruh dalam negara yang tidak mencukupi dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak berminat bekerja di ladang-ladang.Salah satu faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak berminat kerja di ladang adalah gaji yang tidak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan oleh seseorang pekerja.Salah satu cara untuk memupuk agar rakyat tempatan minat bekerja di sektor pertanian adalah dengan memberi gaji yang setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan oleh seseorang tersebut.

2.3.2     Mengurangkan pengimpotan barangan pertanian
Sektor pertanian dapat mengurangkan import negara dalam barangan pertanian.Kebanyakan bahan yang diimport oleh negara kita adalah barangan pertanian seperti beras dan sayur-sayuran.Jika barangan makanan ini ditanam dalam kuantiti yang banyak,pasti negara kita dapat mengurangakan dapat mengeluarkan kadar import sekaligus dapat mengurangkan  ataupun mengelakkan penagliran wang ke luar negara malah hasil pertanian yang banyak dihasilkan oleh negara kita boleh juga dieksport ke luar negara dan ini dapat menambahkan pendapatan negara.

2.3.3     Mengembangkan industry desa
Industri pertanian juga mampu mengembangkan industri desa. Hal ini jelas terbukti melalui penubuhan industri kecil sederhana (IKS) yang membentuk penduduk di luar Bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka. Baru-baru ini juga, kerajaan telah melancarkan program ‘Satu Daerah Satu Industri’ yang memberi fokus kepada sektor pertanian. Pada ketika ini sahaja, lebih daripada enam ribu rakyat Malaysia menceburi bidang pertanian dengan bantuan Kemenriaan Pertanian. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan luar bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui sektor pertanian. Sememangnya, berbudi kepada bumi pasti tidak akan menyesal. Jelaslah bahawa industri pertanian ini dapat mengembangkan industri desa dan menaikkan taraf hidup rakyat.

2.3.4     Bekalan sendiri
Pada hemat saya, keadaan dunia yang kucar-kacir akibat peperangan yang sering tercetus mewajarkan kita menumpukan perhatian untuk membangunkan sektor pertanian secara lebih serius. Dalam masa yang sama, negara kita Malaysia mempunyai tanah-tanih yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, bermakna kita telah mensia-siakan anugerah Allah ke atas bumi kita. Dari satu sudut yang lain pula, kita telah melihat kegagalan banyak syarikat yang berasaskan industri dan perkilangan di negara ini untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Sebaliknya, jika kita menumpukan pengeluaran negara kita dalam menghasilkan produk pertanian, persaingannya di peringkat antarabangsa tidak sehebat persaingan dalam sektor perindustrian terutamanya sektor yang berasaskan teknologi maklumat. Kata orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri.

2.3.5     Mengurangkan kebergantungan kepada sektor lain
Satu lagi alasan yang mewajarkan negara kita memberi tumpuan semula kepada sektor pertanian ialah bahan-bahan mineral yang ada di negara kita sudah semakin berkurangan. Petroleum dan gas asli dijangka akan habis menjelang tahun 2050 jika telaga yang baharu tidak ditemukan. Bijih timah dan bijih besi pula sudah tinggal sisa-sisanya sahaja sedangkan bahan-bahan ini amat penting untuk menggerakkan sektor perindustrian dan pembinaan. Sementelahan, kerajaan kita mempunyai pelbagai agensi yang dapat membantu meningkatkan kemajuan sektor pertanian seperti Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan agensi yang lain yang telah membuktikan keberkesanan peranan mereka. Malah sektor perikanan di negara kita khususnya perikanan laut dalam juga berpotensi untuk dimajukan sebagai sumber ekonomi yang baharu.


2.3.6     Menarik minat pelancong asing  
Boleh dijadikan sebagaio produk untuk menarik kedatangan pelancong asing.Kehadiran ramai pelancong ke negara ini pasti akan menambahkan pendapatan petani.Biasanya pelancong asing suka untuk melancong ke kawasan pertanian kerana pemandangannya yang indah dan suasana nyaman.Contohnya seperti Cameron Highlands.

3.0 STRATEGI KERAJAAN MEMPROMOSIKAN BIDANG PERTANIAN
Bagi memulihkan persepsi rakyat terutamanya generasi muda terhadap pertanian, kerajaan telah menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan bagi mendorong mereka menyertai sektor pertanian ini. Pelbagai program pertanian yang bernafas baru dan berinovasi khusus untuk menambahkan produktiviti serta pendapatan petani di Malaysia telah diperkenalkan.

Sejumlah wang telah diperuntukkan kepada sektor pertanian menerusi Bajet 2013 Sejajar dengan ikrar kerajaan, sebanyak RM5.8 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.  Kerajaan Malaysia juga telah menyediakan sebanyak RM30 juta bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian. Kerajaan juga telah mempersiapkan sebanyak RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan. Bagi membantu para petani mengurangkan kos pengeluaran pula, kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian sedia ada berjumlah RM2.4 bilion. Bantuan ini termasuk subsidi dan insentif untuk sektor padi yang merangkumi Pemberian Subsidi Harga Padi sebanyak RM480 juta, Pemberian Subsidi Baja Padi sebanyak RM465 juta, Insentif Peningkatan Hasil Padi sebanyak RM80 juta, Insentif Pengeluaran Padi sebanyak RM563 juta, Subsidi Harga Beras bernilai RM528 jiuta dan Subsidi Benih Padi Sah sebanyak RM85 juta. Dengan adanya subsidi ini, kerajaan berharap agar ia dapat meringankan beban pengusaha ladang.

Di samping itu, kerajaan menggalakkan usahawan, petani dan pekebun kecil agar dapat mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden, penggunaan jentera baru dan teknologi terkini serta menggiatkan Amalan Pertanian Baik (APB) atau juga dikenali sebagai Good Agricultural Practices (GAP). APB merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan pertanian Jabatan Pertanian Malaysia bertujuan untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti dan selamat dimakan. APB merangkumi pengurusan ladang yang lebih mesra kepada alam sekitar. APB juga bertindak memastikan amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pengusaha ladang semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi ladang adalah berkualiti, produk yang dikeluarkan selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada alam sekitar dan juga pekerja ladang.

Kabinet Malaysia juga telah meluluskan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) pada 28 September 2011, yang akan dijalankan selama 10 tahun (2011-2020). DAN dibentuk untuk menggantikan Dasar Pertanian Negara. Antara bidang keutamaan DAN adalah untuk mengembangkan industri ternakan, memodenkan industri perikanan, mengukuhkan industri padi dan beras, mempromosi agro pelancongan, meningkatkan industri asas tani, memacu pertumbuhan industri bernilai tinggi dan memperkukuhkan industri sayuran, buah-buahan dan kelapa.

Beberapa pameran pertanian seperti Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan dua tahun sekali bertujuan untuk mempromosi produk-produk pertanian yang diusahakan di Malaysia kepada masyarakat. MAHA juga memaparkan kejayaan sektor pertanian dan industri asas tani serta ternakan dari dalam dan luar negara daripada aspek teknologi dan inovasi. MAHA juga dijadikan platform untuk mendedahkan belia kepada bidang pertanian di samping memperkenalkan Malaysia sebagai hab pertanian dan industri asas tani untuk pelabur asing dan persendirian.

Selain itu, beberapa buah Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC seperti yang terdapat di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan juga telah dibuka. Ini merupakan kaedah pemasaran moden di mana RTC ini bertindak sebagai sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian tempatan. RTC jug memainkan peranan sebagai pusat yang menghubungkan pengeluar dengan pengguna.

3.1 Kesedaran dan jangkauan
Pelbagai saluran digunakan untuk menyebarkan maklumat dan meningkatkan tahap kesedaran dan jangkauan program-program Kerajaan.
Antara pameran utama ialah:
SMIDEX 2005;
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia; dan
Gerak Usahawan.
Portal maklumat termasuk:
Portal SMEinfo (www.smeinfo.com.my);
Portal Latihan (www.hrdportal.com.my);
Portal Usahawan (www.mecd.gov.my); dan
Portal Pembangunan Usahawan Tekno (www.technopreneurs.net.my).

3.2 Dasar kerajaan dalam industri padi
• Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)
-SBPKP telah diperkenalkan pada musim 2/1979 adalah untuk memberi galakan dan menarik minat kaum petani supaya kekal di sektor penanaman padi. Selain dari itu, SBPKP adalah bertujuan untuk :-
-Mengurangkan kos pengeluaran padi yang ditanggung oleh pesawah-pesawah akibat daripada kenaikan kos input dan buruh serta alat/mesin.
-Memodenkan aktiviti tanaman padi dengan penggunaan baja berkualiti yang ekonomi, sistematik dan berkesan.
-Meningkatkan pengeluaran padi dan dapat menambahkan pendapatan penanam padi.
-Sebagai insentif kepada petani mengusahakan tanaman sawah bagi meningkat pengeluaran padi negara di samping mengurangkan pengimportan beras.
-Pemberian Baja Subsidi iaitu baja campuran, ammophos dan urea yang mana perumusan (Formulation) yang digunakan bagi setiap jenis baja di tentukan oleh Kementerian Pertanian iaitu mengikut kesesuaian tanah.
-Pemberian baja ammophos telah diberhentikan pada musim 2/1989 dan pemberian baja campuran telah diganti dengan baja sebatian bermula musim 1/2005.
-Bantuan ini masih diteruskan sehingga kini dan kadar bantuan yang diberi adalah 4 beg bagi baja urea dan 12 beg baja sebatian.

3.2.1 Skiminsentif padi  (SIPP)
Kenaikan harga minyak dunia telah mengakibatkan kos operasi dan harga bahan input pertanian turut meningkat, sejajar dengan itu kerajaan telah memperkenalkan SIPP sebagai insentif untuk mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh peladang. Diperkenalkan pada musim 1/2007, SIPP diberi dalam tiga (3) bentuk insentif iaitu:
                         
Insentif Pembajakan Kepada Pesawah
 - Diberi untuk mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah terutama akibat kenaikan kos diesel seterusnya meningkatkan kos membajak. Jumlah insentif yang diberi adalah RM100/ha/musim

Insentif Input Pertanian
- Diberi untuk mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah akibat kenaikan kos input pertanian. Jumlah insentif yang diberi adalah sebanyak RM140/ha/musim dalam bentuk input pertanian.
                         
Insentif Input Pertanian
- Diberi untuk mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah akibat kenaikan kos input pertanian. Jumlah insentif yang diberi adalah sebanyak RM140/ha/musim dalam bentuk input pertanian.
                         
Insentif Peningkatan Hasil Padi
- Diberi oleh pihak BERNAS atas usaha peladang meningkatkan hasil sekurang-kurangnya 1% hasil purata bagi tiga (3) musim berturut-turut. Pemberian insentif ini bertujuan untuk meningkatkan lagi daya saing dan produktiviti peladang.

3.3 Langkah-langkah kerajaan
Ada beberapa langkah dan kemudahan telah disediakan oleh kerajaan untuk yang berminat menceburi bidang pertanian

3.3.1 Kursus pertanian
Pelbagai kursus pertanian disediakan oleh Jabatan Pertanian di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.Antaranya adalah

(i) Kursus Sijil Pertanian
nstitut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian.

Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak. Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.

Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik - Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lokasi-lokasi Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :

Institut Pertanian Serdang, Selangor, yang telah dibina pada tahun 1957
Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang, yang telah dibina pada tahun 1967
Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang, yang telah dibina pada tahun 1971
Institut Pertanian Titi Gantong, Perak, yang telah dibina pada tahun 1973
Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor yang telah dibina pada tahun 1974.
Institut Pertanian Semanggok, Sarawak
Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah

(ii)Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT)
Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) merupakan satu program yang memebri latihan kepada belia tani, bertujuan untuk membimbing dan memberi pengalaman secara ‘hands-on' berkenaan ilmu pertanian di ladang.

Satu program khas Jabatan Pertanian yang dinamakan "Program Inkubator Usahawan Belia Tani" telah dilaksanakan. Melalui program tersebut, peserta program akan melalui satu tempoh ‘incubation' selama lapan bulan untuk memperolehi kemahiran teknikal, kemahiran keusahawanan dan membangunkan rangkaian dan kontak perniagaan di kalangan usahawan.

Setelah melalui tempoh ‘incubation' tersebut, peserta program akan ditempatkan di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), iaitu kawasan kekal yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sebagai zon pengeluaran taman kekal. Para peserta TKPM akan dibekalkan pembangunan infrastruktur ladang dan lot-lot tanah disewakan kepada usahawantani. Bilangan belia tani yang akan dilatih adalah bergantung kepada jumlah bajet tahunan dan kekosongan tempat di TKPM. Sekiranya para peserta tidak memperoleh kawasan di TKPM sedia ada, para peserta akan diminta untuk mencari tanah pertanian yang sesuai dibangunkan dengan projek pertanian.

Para peserta bagi program ini merangkumi lepasan graduan institut pertanian, IPTA/IPTS, belia tani, orang awam dan pesara tentera/polis yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan tani. Kumpulan sasar perlu mendaftar melalui Jabatan Pertanian Malaysia dan akan ditemuduga bagi mencari calon peserta yang sesuai.

Latihan ini merangkumi pelbagai aktiviti dan modul termasuklah agronomi, mekanisasi ladang, pengurusan projek, perekodan data ladang, pelan perniagaan, pemasaran, keusahawanan dan kemahiran komunikasi serta ‘team building'. Keseluruahan idea program ini bertujuan bagi membantu para peserta menggunakan kemahiran teknikal dan personel yang diperolehi sebagai usahawan.

Kaedah latihan untuk program ini adalah latihan secara ‘hands-on' di mana para peserta akan menghabiskan 80% masa mereka di ladang dan projek tersebut dipantau oleh penyelia. Melalui latihan secara praktikal ini akan menjadi lebih efektif untuk para peserta apabila diberikan tugas. Manakala masa selebihnya para peserta akan menghadirkan diri kelas teori melalui kuliah, perbincangan kumpulan dan bengkel.

Setelah tamat melalui tempoh latihan, para peserta mempunyai pelauang untuk melibatkan diri dengan TKPM yang sedia ada di seluruh Malaysia. Para peserta perlu menyewa tanah pertanian TKPM. Malah, para peserta akan diberi insentif dan kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti kos pembersihan tapak, sistemperparitan dan pengairan serta jalan ladang. Para peserta yang memerlukan sistem fertigasi, struktur sistem turut disediakan. Sekiranya tiada kawasan dan infrastruktur dibekalkan, para peserta perlu memulakan projek sama ada di tanah sewa perseorangan atau luar TKPM.

Akhir program ini menjadikan peserta bijak menguruskan projek pertanian dengan modal yang sedia ada. Sekiranya para peserta tidak mendapat keuntungan lebih daripada jumlah modal yang diberikan, para peserta perlu mendapatkan sokongan modal melalui institusi kewangan yang sedia ada.

(iii)Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Pusat Bimbingan Usahawan (PBU)
Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa, poduk-produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan.Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

3.4 Projek pertanian yang berimpak tinggi  (TKPM)
Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

3.4.1 Konsep pelaksanaan TKPM
Konsep Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha seperti berikut:-
Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM;
Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA Inc.;
Usahawan dan syarikat swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui sewaan lot yang disediakan)

3.4.2 Matlamat / Objktif TKPM
Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal
Membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti
Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersil
Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulan
Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan

3.4.3 Syarat syarat penyertaan TKPM
Peserta berpengalaman dan terlatih
Mempunyai minat dan kesungguhan
Mempunyai modal dan sanggup meminjam
Mempunyai sikap ‘terbuka dan positif'
Sanggup mematuhi peraturan-peraturan yang  ditetapkan oleh Jabatan Pertanian

3.5 Projek-projek jabatan
Pembangunan Industri Buah-buahan
Pembangunan Industri Padi 
Pembangunan Industri Kelapa
Pembangunan Industri Sayur-sayuran dan Tanaman Ladang
HIP - Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
Pembinaan Kompleks Pertanian
Pembangunan Industri Komoditi Berpotensi
Projek Kelulusan Khas: Pembangunan Industri Kelapa
Pakej Amalan Teknologi Florikultur

4.0 Pengenalan FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1994 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan FELDA (Koperasi FELDA), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC).
Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya berpendidikan tinggi untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka seterusnya memastikan rancangan FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Fokus FELDA adalah untuk menjadi ‘ Economic Powerhouse ’ dalam menjana pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun 2020 melalui program berstrukturnya dengan modal insan yang mempunyai pelbagai potensi.

5.0 Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian
Ada pelbagai cabaran dihadapi di negara Malaysia ini di sektor pertanian.

5.1 Kekurangan benih
Negara Malaysia ini menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu. Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula perlu djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.

5.2 Kekurangan tenaga buruh
Di samping itu, terdapat kekurangan tenaga buruh yang mendesak menyebabkan ramai pekerja asing dibawa masuk. Di antara tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Salah satu masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian negara adalah petani atau pekebun yang sernakin tua. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian pada tahun 2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun.

5.3 Kekurangan pelaburan berbanding sektor lain
Dari segi pelaburan swasta dalarn sektor makanan, ianya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan di dalam sektor pembuatan atau sektor perladangan. Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain. Selain daripada itu, sektor pengeluaran makanan juga memerlukan usaha lebih intensif berbanding dengan sektok-sektor lain. Sebagai usaha untuk memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan ladang sedia ada kepada ladang berskala komersil, Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk menceburi sektor pengeluaran makanan.

5.4 Peningkatan daya saing
Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang rendah. Lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku apabila sekatan bukan tarif di negara-negara ahli yang mempunyai kos pengeluaran lebih tinggi dihapuskan. Bagi menghadapi cabaran ini, dayasaing produk pertanian negara perlu clipertingkatkan.





6.0 KESIMPULAN
Usaha bagi mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdayasaing akan diteruskan. Usaha sedemikian ini amat penting memandangkan pasaran global akan mengalami liberalisasi perlagangan akibat pelaksanaan AFTA clan rundingan WTO. Hasil pengeluaran pertanian dan produk yang diproses negara kita perlu mempunyai kecekapan kos dan berkualiti supaya dapat bersaing dengan keluaran daripada negara-negara pengeluar yang lain. Sektor pertanian yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing akan juga menjamin petani, penternak dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dan stabil.