1.0 Pengenalan
Pertanian merupakan aktiviti ekonomi dunia yang
penting.Ia menggunakan satu pertiga daripada permukaan bumi dan 45% daripada
jumlah penduduk dunia yang bekerja terlibat dengan aktiviti pertanian.Pertanian
tidak lagi boleh diasingkan dari
Kehidupan manusia di muka bumi apabila manusia
yang semakin ramai dan mempunyai pelbagai citarasa.Pertanian moden adalah
bercirikan kepada peningkatan hasil dan penurunan dan penggunaan tenaga
buruh.Petani-petani tidak lagi seharian berada di ladang.Dengan adanya lebih masa
lapang,banyak akitiviti-aktiviti lain yang mampu dilakukan oleh para petani
untuk menambah pendapatan seperti aktiviti pemasaran,hiliran dan juga aktiviti
sosial.
1.1 Definisi
Ahli geografi tidak memandang Geografi Pertanian
sebagai satu bahagian besar dalam
biasa.Geografi pertanian diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada
Geografi Ekonomi,malah kebanyakan ahli geografi menerima Geografi Pertanian
sebagai sebahagian daripada Geografi Manusia.Geografi pertanian lebih sesuai
dipanggil dengan geografi pembiak-baik manusia terhadap tanah,iaitu aktiviti
mengusahakan tanamandan ternakan untuk kegunaan sendiri dan faedah ekonomi.
1.2 Skop
Pengajian dalam pertanian ialah mengakji
aktiviti pertanian dalam konteks ruangan lokasi secara keseluruhan,kandungan aktiviti-aktiviti
tanaman dan ternakan.Pola ruangan pula membawa maksud fenomena atau hubungan
manusia dengan alam sekitar fizikal.
1.3 Asal usul pertanian
Dari kesan-kesan arkeologi yang ditinggalkan
oleh manusia didapati bahawa manusia telah menggunakan tanah beribu-ribu tahun
dahulu,ketika itu kumpulan-kumpulan manusia di atas muka bumi ini berada di
dalam satu kumpulan kecil.Pada ketika itu,mereka hanya menjalankan aktiviti
pra-pertanian seperti memburu,menangkap ikan,memungut tanaman-tanaman hutan dan
madu.Pra pertanian di peringkat asal dikenali sebagai masyarakat “Pemburu dan
Pengumpul”.
Bentuk pertanian di peringkat awal adalah
primitive dan ia telah berubah kepada membiak-baik tumbuhan melalui proses
pemilihan,menternak haiwan dam membina komuniti pertanian yang lebih besar
berbanding dengan peringkat awal.Banyak jenis-jenis tanaman yang telah berubah
dari proses pemilihan dan penanaman sebelum ianya dipindahkan ke tempat-tempat
lain di seluruh dunia.
2.0 Pertanian di Malaysia
Dua belas peratus daripada KDNK negara Malaysia
ini dibentuk daripada sektor pertanian.Sebanyak enam belas peratus daripada
penduduk Malaysia bekerja melalui sejenis pertanian.Ladng-ladang pertanian
dibuka besar-besaran oleh kerajaan British semasa memerintah Malaysia dan lading-ladang
ini telah membuka peluang kepada tanaman baru seperti getah (1876), kelapa
sawit (1917), dan koko (1950).Beberapa tanaman ditanam untuk tujuan domestik
seperti pisang,kelapa,durian,nanas,beras,rambutan an sebagainya.Menggunakan
hampir 70% kawasan di Malaysia ditanami degan berbagai hasil
pertanian.Membekalkan bahan makanan seperti
beras,sayur-sayuran,buah-buahan,kopi dan sebagainya.Hampir 1/4 daripada
pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian sepert kelapa
sawit,getah,lada hitam,nanas dan kelapa kering.Pertanian juga membantu untuk
mengurangakan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di
kawasan luar Bandar.
2.1 Jenis-jenis pertanian
(i)
Pertanian Pindah
(ii) Pertanian Kebun Kecil (Sara Diri)
(iii)Pertanian Ladang
2.1.1 Pertanian Pindah
Pertanian pindah diusahakan oleh orang asli di
kawasan pedalaman seperti Sarawak,Sabah dan Semenanjung Malaysia.Tanaman yang
diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma,keledek,sayur sayurandan
buah-buahan.Jenis pertanian ini menggunakan cara-cara penanaman dan peralatam
tradisional seperti cangkul,tugal,kapak,parang dan batang kayu.Biasanya
pertanian jenis ini diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.Petani akan berpindah
ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah di tinggalkan akan ditumbuhi
oleh hutan belukar.
2.1.2 Pertanian Kebun Kecil
Keluasan tapak kebun biasanya dalam 1-2 hektar
sahaja.Diusahakan di kalangan ahli keluarga dengan modal yang kecil.Kegiatan
pertanian kebun kecil inilah yang pang terpenting dan yang paling terluas yang
disusahakan oleh petani Malaysia.Biasanya ditanami dengan tanaman sara diri
untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan
sahaja.Pengusaha pertanian kebun kecil ini menggunakan jentera-jentera kecil-kecilan
dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan.Masih
ada juga yang mengamalkan cara pertanian tradisional.Tanaman yang diusahakan
adalah seperti padi,buah-buahan,sayur-sayuran dan jagung serta tanaman dagang
seperti kelapa sawit,getah,lada hitam dan koko.
2.1.3 Pertanian ladang
Keluasan ladang biasanya melebihi 40 hektar.Ia
diusahakan oleh syarikat-syarikat besar secara besar-besaran.Tanaman utama
adalah tanaman dagangan seperti getah,kelapa sawit dan teh.Memerlukan tenaga
buruh yang tunggi,peralatan moden dan canggih,rasun serangga,baja urea dan biji
benih yang berkualiti tinggi.Kebanyakkan hasilnya untuk dieksport.
2.2 Faktor-faktor pertanian
Ada pelbagai faktor yang mendorong untuk
mengusahan sektor pertanian di Malaysia.Antara faktor-faktornya adalah :-
(i)
Faktor Fizikal
(ii) Faktor Teknikal
(iii)Faktor Ekonomi
(iv)Faktor Tradisional
2.2.1 Faktor fizikal
Malaysia mempunyai dataran,delta dan lembangan
sungai yang sesuai untuk penanaman padi.Kawasan bukit yang beralun ,bersaliran
baik sesuai untuk penanaman getah,kelapa sawit dan koko.Kawasan cerun-cerun
bukit pula sesuai untuk penanaman the dan padi huma.Tanah lanar di lembangan
dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi sawah.Tanah laterit pula sesuai
untuk tanaman seperti getah,kelapa sawit, serta koko.Kawasan tanah perpasir di
pinggir pantai sesuai untuk tanaman kelapa.Tanah gambut atau kawasan berpaya sesuai
untuk tanaman nenas.Selain itu, hujan tahunan yang meebihi 2500mm setahun dan
suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai untuk tanaman seperti getah,kelapa
sawit,koko,kopi, tembakau dan lada hitam.Hujan yang banyak dan suhu rendah
kira-kira 18”c sesuai untuk penanaman teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran
hawa sederhana di Cameron Highlands.
2.2.2 Faktor Teknikal
:Teknologi Moden
Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah
meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian.Pengunaan jentera seerti jentolak,jentuai
dan traktor telah membantu meningkatkan daya pengeluaran hasil.Sistem saliran
pengairan moden telah membolehkan penanaman padi 2 atau 3 kali setahun dan
meningkatkan hasil.Penggunaan bijih benih yang mermutu tinggi juga memainkan
peranan yang penting untuk sektor pertanian di Malaysia.
2.2.3 Faktor Ekonomi
Bantuan modal dan pelaburan dalam teknologi
melalui skim ansuran oleh kerajaan mendorong petani-petani di Malaysia untuk
menceburkan diri di sektor pertanian.Dengan adanya agensi-agensi kerajaan
seperti Felda,Fama,Risda yang ditubuhkan untuk membantu petani dalam penggunaan
peralatan moden,cara penanaman moden serta mengatasi masalh pertanian.
2.2.4 Faktor Tradisional
Faktor ini sering menjadi halangan kepada
cara-cara pertanian moden namun cara pertanian tradisional sesuai bagi
ladang-ladang kecil.
2.3 Kepentingan
faktor pertanian
Walaupun sektor perindustrian lebih banyak
diberi perhatian,namun sektor pertanian tidak pernah diabaikan ataupun
dipinggirkan oleh kerajaan Malaysia.Pelabagai langkah telah diambil oleh
kerajaan untuk memajukan lagi sektor pertanian negara.Boleh dikatakan negara
kita amat bertuah kerana memiliki tanah yang luas dan subur.
2.3.1
Peluang pekerjaan
Sektor pertanian dapat membuka peluang kepada rakyat Malaysia dengan
menjanjikan pulangan atau untung yang lumayan kepada pihak yang mengusahakannya
dengan bersunggu-sungguh.Penggunaan bioteknologi dalam sektor pertanian pasti
menghasilkan pendapatan yang banyak kerana ia dapat menambahkan kualiti dam
kuantiti dalam hasil pertanian.
Di Malaysia ini, peluang pekerjaan di sektor
pertanian ini amat banyak sehinggakan pengusaha pertanian terpaksa mengambil
buruh asing kerana bekalan buruh dalam negara yang tidak mencukupi dan
kebanyakan rakyat Malaysia tidak berminat bekerja di ladang-ladang.Salah satu
faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak berminat kerja di ladang adalah
gaji yang tidak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan oleh seseorang
pekerja.Salah satu cara untuk memupuk agar rakyat tempatan minat bekerja di
sektor pertanian adalah dengan memberi gaji yang setimpal dengan tenaga yang
dikeluarkan oleh seseorang tersebut.
2.3.2
Mengurangkan pengimpotan barangan pertanian
Sektor pertanian dapat mengurangkan import
negara dalam barangan pertanian.Kebanyakan bahan yang diimport oleh negara kita
adalah barangan pertanian seperti beras dan sayur-sayuran.Jika barangan makanan
ini ditanam dalam kuantiti yang banyak,pasti negara kita dapat mengurangakan
dapat mengeluarkan kadar import sekaligus dapat mengurangkan ataupun mengelakkan penagliran wang ke luar
negara malah hasil pertanian yang banyak dihasilkan oleh negara kita boleh juga
dieksport ke luar negara dan ini dapat menambahkan pendapatan negara.
2.3.3
Mengembangkan industry desa
Industri pertanian
juga mampu mengembangkan industri desa. Hal ini jelas terbukti melalui
penubuhan industri kecil sederhana (IKS) yang membentuk penduduk di luar Bandar
untuk meningkatkan pendapatan mereka. Baru-baru ini juga, kerajaan telah
melancarkan program ‘Satu Daerah Satu Industri’ yang memberi fokus kepada
sektor pertanian. Pada ketika ini sahaja, lebih daripada enam ribu rakyat
Malaysia menceburi bidang pertanian dengan bantuan Kemenriaan Pertanian.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan
luar bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui sektor pertanian.
Sememangnya, berbudi kepada bumi pasti tidak akan menyesal. Jelaslah bahawa
industri pertanian ini dapat mengembangkan industri desa dan menaikkan taraf
hidup rakyat.
2.3.4
Bekalan sendiri
Pada hemat saya,
keadaan dunia yang kucar-kacir akibat peperangan yang sering tercetus
mewajarkan kita menumpukan perhatian untuk membangunkan sektor pertanian secara
lebih serius. Dalam masa yang sama, negara kita Malaysia mempunyai tanah-tanih
yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh
memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan,
bermakna kita telah mensia-siakan anugerah Allah ke atas bumi kita. Dari satu
sudut yang lain pula, kita telah melihat kegagalan banyak syarikat yang
berasaskan industri dan perkilangan di negara ini untuk bersaing di peringkat
antarabangsa. Sebaliknya, jika kita menumpukan pengeluaran negara kita dalam
menghasilkan produk pertanian, persaingannya di peringkat antarabangsa tidak
sehebat persaingan dalam sektor perindustrian terutamanya sektor yang
berasaskan teknologi maklumat. Kata orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri.
2.3.5
Mengurangkan
kebergantungan kepada sektor lain
Satu lagi alasan
yang mewajarkan negara kita memberi tumpuan semula kepada sektor pertanian
ialah bahan-bahan mineral yang ada di negara kita sudah semakin berkurangan.
Petroleum dan gas asli dijangka akan habis menjelang tahun 2050 jika telaga
yang baharu tidak ditemukan. Bijih timah dan bijih besi pula sudah tinggal
sisa-sisanya sahaja sedangkan bahan-bahan ini amat penting untuk menggerakkan
sektor perindustrian dan pembinaan. Sementelahan, kerajaan kita mempunyai
pelbagai agensi yang dapat membantu meningkatkan kemajuan sektor pertanian
seperti Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan agensi
yang lain yang telah membuktikan keberkesanan peranan mereka. Malah sektor
perikanan di negara kita khususnya perikanan laut dalam juga berpotensi untuk
dimajukan sebagai sumber ekonomi yang baharu.
2.3.6
Menarik minat
pelancong asing
Boleh dijadikan
sebagaio produk untuk menarik kedatangan pelancong asing.Kehadiran ramai
pelancong ke negara ini pasti akan menambahkan pendapatan petani.Biasanya
pelancong asing suka untuk melancong ke kawasan pertanian kerana pemandangannya
yang indah dan suasana nyaman.Contohnya seperti Cameron Highlands.
3.0
STRATEGI KERAJAAN MEMPROMOSIKAN BIDANG PERTANIAN
Bagi memulihkan
persepsi rakyat terutamanya generasi muda terhadap pertanian, kerajaan telah
menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan bagi mendorong mereka menyertai
sektor pertanian ini. Pelbagai program pertanian yang bernafas baru dan
berinovasi khusus untuk menambahkan produktiviti serta pendapatan petani di
Malaysia telah diperkenalkan.
Sejumlah wang telah
diperuntukkan kepada sektor pertanian menerusi Bajet 2013 Sejajar dengan ikrar
kerajaan, sebanyak RM5.8 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kerajaan Malaysia juga telah menyediakan sebanyak RM30 juta bagi
pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi
dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti,
penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat
serta penambahbaikan institusi latihan pertanian. Kerajaan juga telah
mempersiapkan sebanyak RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan
dan kesihatan. Bagi membantu para petani mengurangkan kos pengeluaran pula,
kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian sedia ada
berjumlah RM2.4 bilion. Bantuan ini termasuk subsidi dan insentif untuk sektor
padi yang merangkumi Pemberian Subsidi Harga Padi sebanyak RM480 juta,
Pemberian Subsidi Baja Padi sebanyak RM465 juta, Insentif Peningkatan Hasil
Padi sebanyak RM80 juta, Insentif Pengeluaran Padi sebanyak RM563 juta, Subsidi
Harga Beras bernilai RM528 jiuta dan Subsidi Benih Padi Sah sebanyak RM85 juta.
Dengan adanya subsidi ini, kerajaan berharap agar ia dapat meringankan beban
pengusaha ladang.
Di samping itu,
kerajaan menggalakkan usahawan, petani dan pekebun kecil agar dapat
mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden,
penggunaan jentera baru dan teknologi terkini serta menggiatkan Amalan
Pertanian Baik (APB) atau juga dikenali sebagai Good Agricultural Practices
(GAP). APB merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan pertanian
Jabatan Pertanian Malaysia bertujuan untuk memastikan pengeluaran hasil
pertanian berkualiti dan selamat dimakan. APB merangkumi pengurusan ladang yang
lebih mesra kepada alam sekitar. APB juga bertindak memastikan amalan-amalan
yang dilaksanakan oleh pengusaha ladang semasa proses pengeluaran dan pengendalian
hasil bagi ladang adalah berkualiti, produk yang dikeluarkan selamat dimakan
dan tidak menimbulkan risiko kepada alam sekitar dan juga pekerja ladang.
Kabinet Malaysia
juga telah meluluskan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) pada 28 September 2011,
yang akan dijalankan selama 10 tahun (2011-2020). DAN dibentuk untuk
menggantikan Dasar Pertanian Negara. Antara bidang keutamaan DAN adalah untuk
mengembangkan industri ternakan, memodenkan industri perikanan, mengukuhkan
industri padi dan beras, mempromosi agro pelancongan, meningkatkan industri
asas tani, memacu pertumbuhan industri bernilai tinggi dan memperkukuhkan
industri sayuran, buah-buahan dan kelapa.
Beberapa pameran
pertanian seperti Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA) anjuran
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan dua tahun sekali
bertujuan untuk mempromosi produk-produk pertanian yang diusahakan di Malaysia
kepada masyarakat. MAHA juga memaparkan kejayaan sektor pertanian dan industri
asas tani serta ternakan dari dalam dan luar negara daripada aspek teknologi
dan inovasi. MAHA juga dijadikan platform untuk mendedahkan belia kepada bidang
pertanian di samping memperkenalkan Malaysia sebagai hab pertanian dan industri
asas tani untuk pelabur asing dan persendirian.
Selain itu,
beberapa buah Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC seperti yang terdapat di
Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan juga telah dibuka. Ini merupakan
kaedah pemasaran moden di mana RTC ini bertindak sebagai sebuah pusat integrasi
perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran
pertanian tempatan. RTC jug memainkan peranan sebagai pusat yang menghubungkan
pengeluar dengan pengguna.
3.1
Kesedaran dan jangkauan
Pelbagai saluran
digunakan untuk menyebarkan maklumat dan meningkatkan tahap kesedaran dan
jangkauan program-program Kerajaan.
Antara pameran
utama ialah:
SMIDEX 2005;
Pameran Halal
Antarabangsa Malaysia; dan
Gerak Usahawan.
Portal maklumat
termasuk:
Portal SMEinfo (www.smeinfo.com.my);
Portal Latihan (www.hrdportal.com.my);
Portal Usahawan (www.mecd.gov.my); dan
Portal Pembangunan
Usahawan Tekno (www.technopreneurs.net.my).
3.2
Dasar kerajaan dalam industri padi
• Skim Baja Padi
Kerajaan Persekutuan (SBPKP)
-SBPKP telah
diperkenalkan pada musim 2/1979 adalah untuk memberi galakan dan menarik minat
kaum petani supaya kekal di sektor penanaman padi. Selain dari itu, SBPKP
adalah bertujuan untuk :-
-Mengurangkan kos
pengeluaran padi yang ditanggung oleh pesawah-pesawah akibat daripada kenaikan
kos input dan buruh serta alat/mesin.
-Memodenkan
aktiviti tanaman padi dengan penggunaan baja berkualiti yang ekonomi,
sistematik dan berkesan.
-Meningkatkan
pengeluaran padi dan dapat menambahkan pendapatan penanam padi.
-Sebagai insentif
kepada petani mengusahakan tanaman sawah bagi meningkat pengeluaran padi negara
di samping mengurangkan pengimportan beras.
-Pemberian Baja
Subsidi iaitu baja campuran, ammophos dan urea yang mana perumusan
(Formulation) yang digunakan bagi setiap jenis baja di tentukan oleh
Kementerian Pertanian iaitu mengikut kesesuaian tanah.
-Pemberian baja
ammophos telah diberhentikan pada musim 2/1989 dan pemberian baja campuran
telah diganti dengan baja sebatian bermula musim 1/2005.
-Bantuan ini masih
diteruskan sehingga kini dan kadar bantuan yang diberi adalah 4 beg bagi baja
urea dan 12 beg baja sebatian.
3.2.1
Skiminsentif padi (SIPP)
Kenaikan harga
minyak dunia telah mengakibatkan kos operasi dan harga bahan input pertanian
turut meningkat, sejajar dengan itu kerajaan telah memperkenalkan SIPP sebagai
insentif untuk mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh peladang.
Diperkenalkan pada musim 1/2007, SIPP diberi dalam tiga (3) bentuk insentif
iaitu:
Insentif Pembajakan
Kepada Pesawah
- Diberi untuk mengurangkan bebanan kos
pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah terutama akibat kenaikan kos diesel
seterusnya meningkatkan kos membajak. Jumlah insentif yang diberi adalah
RM100/ha/musim
Insentif Input
Pertanian
- Diberi untuk
mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah akibat
kenaikan kos input pertanian. Jumlah insentif yang diberi adalah sebanyak
RM140/ha/musim dalam bentuk input pertanian.
Insentif Input
Pertanian
- Diberi untuk
mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah akibat
kenaikan kos input pertanian. Jumlah insentif yang diberi adalah sebanyak
RM140/ha/musim dalam bentuk input pertanian.
Insentif
Peningkatan Hasil Padi
- Diberi oleh pihak
BERNAS atas usaha peladang meningkatkan hasil sekurang-kurangnya 1% hasil
purata bagi tiga (3) musim berturut-turut. Pemberian insentif ini bertujuan
untuk meningkatkan lagi daya saing dan produktiviti peladang.
3.3
Langkah-langkah kerajaan
Ada beberapa
langkah dan kemudahan telah disediakan oleh kerajaan untuk yang berminat
menceburi bidang pertanian
3.3.1
Kursus pertanian
Pelbagai kursus
pertanian disediakan oleh Jabatan Pertanian di bawah naungan Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.Antaranya adalah
(i)
Kursus Sijil Pertanian
nstitut pertanian
merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil
Pertanian.
Terdapat tujuh (7)
buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah
institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut
Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di
Sarawak. Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan
di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan
Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak
adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.
Sijil Institut
Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal)
dan Politeknik - Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Lokasi-lokasi
Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :
Institut
Pertanian Serdang, Selangor, yang telah dibina pada tahun 1957
Institut
Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang, yang telah dibina pada tahun 1967
Institut
Pertanian Kuala Lipis, Pahang, yang telah dibina pada tahun 1971
Institut
Pertanian Titi Gantong, Perak, yang telah dibina pada tahun 1973
Institut
Pertanian Ayer Hitam, Johor yang telah dibina pada tahun 1974.
Institut
Pertanian Semanggok, Sarawak
Institut
Pertanian Timbang Menggaris, Sabah
(ii)Program
Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT)
Program Inkubator
Usahawan Belia Tani (IUBT) merupakan satu program yang memebri latihan kepada
belia tani, bertujuan untuk membimbing dan memberi pengalaman secara ‘hands-on'
berkenaan ilmu pertanian di ladang.
Satu program khas
Jabatan Pertanian yang dinamakan "Program Inkubator Usahawan Belia Tani"
telah dilaksanakan. Melalui program tersebut, peserta program akan melalui satu
tempoh ‘incubation' selama lapan bulan untuk memperolehi kemahiran teknikal,
kemahiran keusahawanan dan membangunkan rangkaian dan kontak perniagaan di
kalangan usahawan.
Setelah melalui
tempoh ‘incubation' tersebut, peserta program akan ditempatkan di Projek Taman
Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), iaitu kawasan kekal yang dikenalpasti oleh
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sebagai zon pengeluaran taman kekal.
Para peserta TKPM akan dibekalkan pembangunan infrastruktur ladang dan lot-lot
tanah disewakan kepada usahawantani. Bilangan belia tani yang akan dilatih
adalah bergantung kepada jumlah bajet tahunan dan kekosongan tempat di TKPM.
Sekiranya para peserta tidak memperoleh kawasan di TKPM sedia ada, para peserta
akan diminta untuk mencari tanah pertanian yang sesuai dibangunkan dengan
projek pertanian.
Para peserta bagi
program ini merangkumi lepasan graduan institut pertanian, IPTA/IPTS, belia
tani, orang awam dan pesara tentera/polis yang berminat untuk menceburi bidang
perniagaan tani. Kumpulan sasar perlu mendaftar melalui Jabatan Pertanian
Malaysia dan akan ditemuduga bagi mencari calon peserta yang sesuai.
Latihan ini
merangkumi pelbagai aktiviti dan modul termasuklah agronomi, mekanisasi ladang,
pengurusan projek, perekodan data ladang, pelan perniagaan, pemasaran,
keusahawanan dan kemahiran komunikasi serta ‘team building'. Keseluruahan idea
program ini bertujuan bagi membantu para peserta menggunakan kemahiran teknikal
dan personel yang diperolehi sebagai usahawan.
Kaedah latihan
untuk program ini adalah latihan secara ‘hands-on' di mana para peserta akan
menghabiskan 80% masa mereka di ladang dan projek tersebut dipantau oleh
penyelia. Melalui latihan secara praktikal ini akan menjadi lebih efektif untuk
para peserta apabila diberikan tugas. Manakala masa selebihnya para peserta
akan menghadirkan diri kelas teori melalui kuliah, perbincangan kumpulan dan
bengkel.
Setelah tamat
melalui tempoh latihan, para peserta mempunyai pelauang untuk melibatkan diri
dengan TKPM yang sedia ada di seluruh Malaysia. Para peserta perlu menyewa
tanah pertanian TKPM. Malah, para peserta akan diberi insentif dan kemudahan
infrastruktur yang lengkap seperti kos pembersihan tapak, sistemperparitan dan
pengairan serta jalan ladang. Para peserta yang memerlukan sistem fertigasi,
struktur sistem turut disediakan. Sekiranya tiada kawasan dan infrastruktur
dibekalkan, para peserta perlu memulakan projek sama ada di tanah sewa perseorangan
atau luar TKPM.
Akhir program ini
menjadikan peserta bijak menguruskan projek pertanian dengan modal yang sedia
ada. Sekiranya para peserta tidak mendapat keuntungan lebih daripada jumlah
modal yang diberikan, para peserta perlu mendapatkan sokongan modal melalui
institusi kewangan yang sedia ada.
(iii)Kursus
Keusahawanan Pemprosesan Makanan Pusat Bimbingan Usahawan (PBU)
Kursus Keusahawanan
Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada
tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius
dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk
berasaskan kelapa, poduk-produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.
Kursus akan
dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi
teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP
(Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan
kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek
keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan
Rancangan Perniagaan.Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis
usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.
3.4
Projek pertanian yang berimpak tinggi (TKPM)
Program Taman Kekal
Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar
Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian
secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk
sektor swasta.
3.4.1
Konsep pelaksanaan TKPM
Konsep Pembangunan
TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha
seperti berikut:-
Kerajaan Negeri
bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM;
Kerajaan
Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA
Inc.;
Usahawan dan
syarikat swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui sewaan lot
yang disediakan)
3.4.2
Matlamat / Objktif TKPM
Mewujudkan zon
pengeluaran tanaman makanan kekal
Membantu
meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti
Membangunkan dan
meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman
makanan secara komersil
Meningkatkan
pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulan
Menggalakkan dan
meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan
3.4.3
Syarat syarat penyertaan TKPM
Peserta
berpengalaman dan terlatih
Mempunyai minat dan
kesungguhan
Mempunyai modal dan
sanggup meminjam
Mempunyai sikap
‘terbuka dan positif'
Sanggup mematuhi
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
Jabatan Pertanian
3.5
Projek-projek jabatan
Pembangunan
Industri Buah-buahan
Pembangunan
Industri Padi
Pembangunan
Industri Kelapa
Pembangunan
Industri Sayur-sayuran dan Tanaman Ladang
HIP - Taman Kekal
Pengeluaran Makanan (TKPM)
Pembinaan Kompleks
Pertanian
Pembangunan
Industri Komoditi Berpotensi
Projek Kelulusan
Khas: Pembangunan Industri Kelapa
Pakej Amalan
Teknologi Florikultur
4.0
Pengenalan FELDA
Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan
Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan
objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan
getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan
tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.
Pada tahun 1990,
FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru. Kerajaan telah memberi
kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi
sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong
pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai
tahun 1994 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan kepada FELDA.
Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti
korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap
aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan FELDA
(Koperasi FELDA), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation
(FIC).
Hari ini, FELDA
terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan
moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya berpendidikan
tinggi untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka seterusnya
memastikan rancangan FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi di samping
merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Fokus FELDA adalah
untuk menjadi ‘ Economic Powerhouse ’ dalam menjana pelbagai aktiviti ekonomi
pada tahun 2020 melalui program berstrukturnya dengan modal insan yang
mempunyai pelbagai potensi.
5.0
Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian
Ada pelbagai
cabaran dihadapi di negara Malaysia ini di sektor pertanian.
5.1
Kekurangan benih
Negara
Malaysia ini menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil
tertentu. Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah
diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Benih
buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula
perlu djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan
peningkatan kos pengeluaran. Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk
menampung keperluan semasa.
5.2 Kekurangan tenaga buruh
Di samping itu, terdapat kekurangan tenaga buruh yang
mendesak menyebabkan ramai pekerja asing dibawa masuk. Di antara tahun
2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja
dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Salah satu masalah yang
dihadapi oleh sektor pertanian negara adalah petani atau pekebun yang sernakin
tua. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian pada tahun
2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun.
5.3
Kekurangan pelaburan berbanding sektor lain
Dari segi pelaburan swasta dalarn sektor
makanan, ianya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan di dalam sektor
pembuatan atau sektor perladangan. Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa
sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor
lain. Selain daripada itu, sektor pengeluaran makanan juga memerlukan usaha
lebih intensif berbanding dengan sektok-sektor lain. Sebagai usaha untuk
memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan ladang sedia ada kepada ladang
berskala komersil, Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat swasta
yang besar untuk menceburi sektor pengeluaran makanan.
5.4 Peningkatan daya saing
Liberalisasi perdagangan di bawah WTO
dan AFTA akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih
sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos
pengeluaran yang rendah. Lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku apabila
sekatan bukan tarif di negara-negara ahli yang mempunyai kos pengeluaran lebih
tinggi dihapuskan. Bagi menghadapi cabaran ini, dayasaing produk pertanian
negara perlu clipertingkatkan.
6.0 KESIMPULAN
Usaha bagi mentransformasikan sektor
pertanian supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdayasaing akan diteruskan.
Usaha sedemikian ini amat penting memandangkan pasaran global akan mengalami
liberalisasi perlagangan akibat pelaksanaan AFTA clan rundingan WTO. Hasil
pengeluaran pertanian dan produk yang diproses negara kita perlu mempunyai
kecekapan kos dan berkualiti supaya dapat bersaing dengan keluaran daripada
negara-negara pengeluar yang lain. Sektor pertanian yang lebih moden, dinamik
dan berdayasaing akan juga menjamin petani, penternak dan nelayan mendapatkan
pendapatan yang lebih tinggi dan stabil.
s
maklumat ni sangatt bagus dan lengakp... boleh buat rujukan utntuk kajian kes sek men. :)
ReplyDeleteMemang punn๐
DeleteDIAMLAH BODOH
DeleteIya saya setuju dengan kamu๐
ReplyDeleteTIDAK
DeleteUM TERLALU BANYAK MAKLUMAT YANG TIDAK PERLU DIHURAIKAN.....OOF
ReplyDelete2+2=4
ReplyDelete4-1=BIG SHAQ ASNI SKRUUMU RAKMU ALLTOWNBAGABOZONE BOOM
Very bad
DeleteMaklumat ini sangat berguna Dan lengkap.terima kasih
ReplyDeleteSaya SEKARANG FULFILL BERHARGA KERUGIAN DARI PINJAMAN I GOT DARI LFDS. Saya ingin membawa ini kepada notis orang ramai tentang bagaimana saya menghubungi LFDS selepas saya kehilangan pekerjaan saya dan ditolak pinjaman oleh bank saya dan kewangan lain institusi kerana skor kredit saya. Saya tidak dapat membayar yuran anak saya. Saya tertinggal di atas bil, kira-kira akan dibuang keluar rumah kerana saya tidak dapat membayar sewa saya. Pada masa ini, anak-anak saya diambil dari saya oleh penjagaan angkat. Kemudian saya berikan untuk mencari dana dalam talian di mana saya kehilangan $ 3,670 yang saya dipinjam dari rakan-rakan yang saya telah merobek oleh dua syarikat pinjaman dalam talian. Sehingga saya membaca tentang: Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian (lfdsloans@outlook.com / lfdsloans@lemeridianfds.com) di suatu tempat di internet, Masih tidak meyakinkan kerana apa yang saya telah lalui sehingga saudara saya yang seorang paderi juga memberitahu saya mengenai skim pinjaman LFDS yang berterusan pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 1.9 %% dan terma pembayaran balik yang indah tanpa penalti kerana gagal bayar pembayaran. Saya tidak mempunyai pilihan selain menghubungi mereka yang saya lakukan melalui teks + 1-989-394-3740 dan Encik Benjamin menjawab kembali kepada saya Hari itu adalah hari yang terbaik dan paling hebat dalam hidup saya yang tidak boleh dilupakan apabila saya menerima amaran kredit $ 400,000.00 Jumlah pinjaman kami yang dipohon. Saya menggunakan pinjaman dengan berkesan untuk membayar hutang saya dan memulakan perniagaan dan hari ini saya dan anak-anak saya sangat gembira dan memenuhi. Anda juga dapat menghubungi mereka melalui e-mel: (lfdsloans@outlook.com / lfdsloans@lemeridianfds.com) Helaian WhatsApptext: + 1-989-394-3740 Mengapa saya melakukan ini? Saya melakukan ini untuk menyelamatkan seberapa banyak yang memerlukan pinjaman tidak menjadi mangsa penipuan di internet. Terima kasih dan Tuhan memberkati anda semua, saya Oleksander Artem dari Horizon Park BC, Ukraine.
ReplyDeleteTerlalu panjang and saya tk suka bace pepanjang.sorry but ur contents r amazing
ReplyDeleteWynn casino opens in Las Vegas - JTM Hub
ReplyDeleteWynn Las Vegas and Encore are set to operate at 1xbet ๋จนํ least five ๋ถ์ฐ๊ด์ญ ์ถ์ฅ์ต additional hotel and casino ๋์ฃผ ์ถ์ฅ์๋ง resorts and each ์์ฐ ์ถ์ฅ์๋ง will operate under the terms and ์์ ์ถ์ฅ์ต conditions